AGAR SELALU ISTIQOMAH

13335754_1717846821831631_7832534884501020843_n.jpg

Sesungguhnya kita diingatkan agar sentiasa berdoa agar terus istiqomah diteguhkan hati dalam ketaatan.Kerana apa? Hatta abi Muhammad saw sendiri menganjurkan kita berdoa kerana hati kita boleh sahaja berbolak-balik. Oleh itu , Nabi Muhammad saw sendiri menganjurkan agar sentiasa berdoa :

 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

(Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”

Buktinya didalam hadith Nabi Muhammad saw :

Syahr bin Hawsyab berkata bahwa ia berkata pada isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Ummu Salamah,

يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ عِنْدَكِ

“Wahai Ummul Mukminin, apa do’a yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam jika berada di sisimu?

Ummu Salamah menjawab,

كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ « يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ ».

“Yang sering dibaca oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah,  (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”

Ummu Salamah pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Wahai Rasulullah kenapa engkau lebih sering berdo’a dengan do’a,

’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik’

Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu’. ”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya menjawab,

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِىٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

“Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun boleh menyesatkannya.”
Setelah itu Mu’adz bin Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) membacakan ayat,

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.” (QS. Ali Imran: 8)

(HR. Tirmidzi, no. 3522; Ahmad, 6: 315. Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)
Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah untuk terus berada di atas ketaatan.

Marilah kita senantiasa berdoa agar ditetapkan hati kita di jalan yang diredhaiNya. 

Tadabbur 

 

 

 

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah ,Rabb sekalian alam. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi Muhammad saw , keluarga dan sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya dengan ihsan hingga hari kiamat kelak.

Sesungguhnya beruntunglah kita kerana diizinkan olehNya untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana ada dikalangan kita tidak diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Bersyukurlah kerana masih diberikan nikmat umur yang panjang sehingga berpeluang untuk mengaut pelbagai nikmat yang Allah swt taburkan khusus kepada umat islam.

Pada bulan inilah pelbagai amal kebajikan dilipat gandakan olehNya. Amalan sunnah dan wajib  yang dibuat pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Rezeki para mukmin semakin bertambah dan tidak lupa jua bahawa di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Semoga dibulan yang penuh berkah ini kita mampu melonjakkan amal ibadah kita serta mampu berterusan amal kebaikan ini walaupun setelah habisnya bulan Ramadhan

images

AL-UMMU AL-MADRASAH

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Pemimpin negara adalah pemimpin dan ia akan ditanya tentang yang dipimpinnya.Seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia akan ditanya tentang yang dipimpinnya.Seorang wanita adalah pemimpin bagi anggota keluarga suaminya serta anak-anaknya dan ia akan ditanya tentang mereka.Seorang budak adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia akan ditanya tentang harta tersebut.Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang yang dipimpinnya”

(HR Bukhari 893 dan Muslim 1829)

download (2)

Wanita Mukminah adalah tonggak utama dalam membimbing  generasi pelapis di masa hadapan. Bahkan tugas wanita itu walaupun berada di mana-mana posisi samada menjawat jawatan di dalam kerajaan mahupun swasta hatta yang memilih menjadi surirumah semuanya memainkan peranan penting dalam mempastikan bahawa anak-anak dan rumahtangga mereka seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi. Peranan utama wanita adalah mendidik anak-anak disamping tanggungjawab itu jua dipikul di bahu suami kerana secara fitrahnya wanita atau ibu itu sendiri mempunyai sifat semulajadi yang sabar dalam melayan karenah anak-anak.

Pepatah arab pernah menyebut : “Al-Ummu Al-Madrasah” yang bermaksud “Ibu Adalah sekolah”.  Ketahuilah bahawa ibu adalah madrasah yang sedang mempersiapkan anak-anak agar menjadi  masyarakat yang baik budi pekertinya serta mencorak kehidupan anak-anak agar selari dengan ajaran Islam itu sendiri. Begitu besarnya peranan wanita itu sendiri kerana dari dirinya bakal lahir generasi pewaris yang bakal menerajui kelangsungan kehidupan selepasnya. Pada dirinya terletak kekuatan peribadi umat seterusnya dalam membina bangsa dan negara.

Perancangan jahat kepada wanita islam telah bermula semenjak zaman Nabi Adam As lagi iaitu bagaimana iblis menggoda dan memujuk Nabi Adam As melalui isterinya Hawa agar memakan buah yang dilarang oleh Allah swt. Dari situ musuh-musuh islam menyedari bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak pada keperibadian wanita muslimah.Ketahuilah bahawa mereka mengkaji dan terus mengkaji bagaimana hendak menjatuhkan umat islam itu sendiri.

” Apabila kamu mahu menjauhkan umat islam daripada agamanya, maka jinak-jinakkanlah wanitanya dengan pertandingan nyanyian, lakonan, filem dan sebagainya yang boleh merosakkan akhlak dan akhidahnya ”  (Maldhom Akhnov ,Akademi Star Arab World)

Itulah idea yang lahir dari musuh islam  dan perancangan halus telah dilancarkan bagi memerangkap wanita islam agar semakin jauh daripada agama itu sendiri.

Nilai masyarakat islam adalah sejauhmana mereka memelihara kehormatan dan kemuliaan wanita islam. Perkara ini dibuktikan oleh Rasulullah saw ketika menerima bai’ah wanita ketika berhijrah dahulu.

Firman Allah saw yang bermaksud :

” Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun dan mereka tidak akan mencuri dan mereka tidak akan  berzina dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonlah kepada Allah mengampuni dosa mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ” Surah Mumtahanah ayat 12

Sesuatu tamadun itu runtuh melalui perancangan musuh dengan terlebih dahulu meruntuhkan ikatan kekeluargaan dengan mengenepikan peranan ibu dalam keluarga.Kemudian   meletakkan  suatu harga diri yang rendah bagi gelaran surirumah Begitu jua dengan meruntuhkan sistem pendidikan dengan menghilangkan rasa hormat kepada guru dan yang ketara sekali adalah dengan menjatuhkan idola masyarakat yang berwibawa seperti ulama dan cendekiawan.

Prof. Muhammad Qutb dalam Maa’rakah al-Taqalid menjelaskan bahawa :Seorang anak yang rosak boleh menjadi baik sekiranya mendapat asuhan dari  ibu yang baik. Sebaliknya seorang ibu yang rosak akhlaknya hanya boleh melahirkan generasi yang rosak akhlaknya. Sebab inilah merosakkan wanita muslimah menjadi agenda kaum yahudi

Perancangan musuh itu bukan sahaja terhenti setakat itu sahaja bahkan melalui                     teori yimages (1)ang yang digunapakai  dipelbagai lapisan masyarakat dan kaum di serata dunia termasuk institusi pendidikan tinggi. Pendidikan psiologi yang dicipta oleh Albert Bandura yang berketurunan Yahudi Kanada.
TEORI DONT SAY NO TO CHILDREN.                                                                   Dia telah mencipta Teori Behavior / teori pembelajaran sosial. Teori ini mengakibatkan sikap atau pandangan anak sahaja yang benar akan membuatkan anak tidak mampu menghagai orang tuanya. Itulah agenda yahudi dari sudut pendidikan sosial agar ibu bapa atau penjaga tidak boleh menyebut perkataan No , Tidak , Laa kepada anak-anak sendiri.

Apa yang disarankan Allah swt adalah bertentangan dengan  teori Albert Bandura . Buktinya ada didalam Al-Quran iaitu dalam surah Luqman.

” Dan Ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberi pengajaran kepadanya, ” Wahai Anakku! Janganlah engkau menyekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar” ayat 13

Dalam tafsir fi zilal quran ada menerangkan bahawa datangnya persoalan tauhid dalam bentuk nasihat oleh luqman al hakim kepada anaknya. Tujuannya adalah mendapatkan kebaikkan dan itulah sikap yang wajar bagi bapa dengan memberikan nasihat.Di sinilah Luqman al-hakim melarang anaknya mempersekutukan Allah kerana ia merupakan syirik yang besar.

” Dan Janganlah kamu memalingkan wajahmu daripada manusia (kerana sombong) dan Janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri” ayat 18

Kemudian dalam ayat 18 ini diterangkan akan cara bagaimana berdakwah iaitu dengan tidak bersifat takbur atau angkuh kepada manusia lain.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga diri.

Begitulah perancangan orang yahudi bagi menjauhkan umat islam itu sendiri  melalui pelbagai cara samada melalui wanita , teori pendidikan , dan sebagainya.

Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

wallahu’alam.

noraidah@ummu asma’

 

 

 

Ibrah di Sebalik Isra’ dan Mikraj

maxresdefault

 

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Nabi Muhammad saw)

pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati

sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami.

Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mendengar , Lagi Maha Mengetahui

( surah al-isra’ :ayat 1)

gambar-pemandangan-bulan-indah

KISAH ISRA’ DAN MIKRAJ

Maha Suci Allah yang dengan izinNya berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj  terhadap Nabi Muhammad saw iaitu perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian melalui 7 lapis langit. Setelah itu melalui Sidratul Muntaha dan akhir ke Baitul Ma’mur.

Nabi Muhammad saw telah menaiki BURAQ iaitu binatang yang lebih besar daripada keldai , lebih kecil dari baghal.Ketangkasan Buraq ini adalah sekali langkahnya adalah sejauh mata memandang. Dikisahkan bahawa Nabi Muhammad saw telah menunggangnya hingga ke Baitul Maqdis dan menambatnya di tempat para nabi menambatkan kenderaan mereka. Kemudian baginda bersolat 2 rakaat. Seusai sahaja solat, baginda keluar dan jibril membawakan kepada baginda 2 bekas yang berisi arak dan susu.Lalu Baginda memilih susu. Jibril berkata kepada baginda , ” Kamu memilih fitrah” .

images

Selepas itu baginda di isra’ ke langit dan sesungguhnya setiap langit ada yang menjaganya . Pada setiap langit, Nabi Muhammad saw berpeluang berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu iaitu langit pertama , Nabi Adam AS ,  langit ke2 Nabi Yahya As dan Nabi Isa As , langit ke3 Nabi Yusuf As , langit ke 4 Nabi Idris As , langit ke 5 nabi Harun As , langit ke 6 Nabi Musa As dan di langit ke 7, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim As.

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada baginda saw dan umatnya dengan 50 kali sembahyang sehari semalam. Setelah itu Nabi Muhammad saw turun  dan berjumpa dengan Nabi Musa As. Bertanyalah Nabi Musa as kepada Muhammad mengenai apa yang difardukan oleh Allah swt kepadanya dan umatnya. Apabila Nabi Muhammad saw mengkhabarkan bahawa 50 kali solat sehari semalam, Nabi Musa As menyuruh Nabi Muhammad saw agar kembali bertemu semula kepada Allah agar mengurangkan waktu solat kerana umat nabi muhammad saw tidak akan mampu melaksanakannya. Sebelum itu telah diperintahkan kepada Bani Israil tetapi mereka tidak mampu menunaikannya. Akhirnya 5 waktu solat sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt kepada umat nabi muhammad saw.

Bermulalah episod baru kepada kaum baginda ketika itu  (apabila Nabi Muhammad saw pada keesokan harinya setelah kembali semula ke Mekah pada waktu malam hari yang sama baginda di isra’kan.) Apakah reaksi mereka ? Ada diantara mereka yang bertepuk tangan, meletakkan tangan di atas kepala , ada yang kembali ke agama asal nenek moyang mereka (murtad). Semua itu terjadi disebabkan perasaan hairan yang wujud dalam jiwa mereka. Ketika itu orang quraisy terus berjumpa dengan Abu Bakar bertanyakan hal tersebut dan dia membenarkannya. Semenjak peritsiwa itulah Abu Bakar digelar As-Siddiq.

download (1)

BERTRANSAKSI DENGAN ALLAH SWT

Yang paling aneh ,

Anda mengenali Allah, namun anda tidak mencintaiNya,

Anda mendengar panggilanNya , tetapi anda menunda untuk datang kepadaNya,

Anda mengetahui bahawa besarnya keuntungan bergaul denganNya, namun anda banyak bergaul selain Dia

Anda sangat memerlukanNya , namun berpaling dariNya 

Jaminan Allah adalah jaminan yang tidak ada seorang pun yang akan mampu menghalangnya. Seorang mukmin itu akan berusaha agar dirinya,keluarganya, akalnya dan agamanya berada dalam lindungan Allah swt.  Salah satu jaminannya adalah dengan mendirikan Solat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad saw. Mari kita bayangkan sekiranya 50 waktu solat sehari semalam difardukan tanpa pengurangan. Adakah mampu kita laksanakannya? Amat menyedihkan sekali kerana walaupun solat 5 waktu sahaja yang difardukan kepada kita tetapi ramai yang kecundang dalam melaksanakannya.

Sesungguhnya kita telah mengadakan perjanjian setiap kali ketika menunaikan solat. Setiap hari kita mengajukan catatan harian kepada Allah swt . Dia mengetahui  baik yang nyata dan tersembunyi. Ketahuilah bahawa dalam hadith riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Para malaikat berganti mengawasi kalian pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan Asar. Kemudian malaikat naik ke langit membawa catatan kalian. Allah bertanya kepada mereka, sedangkan Allah lebih mengetahui dari mereka. ” Dalam keadaan bagaimana para hambaku ketika kalian meninggalkannya?” Mereka menjawab , ” Kami meninggalkan mereka dalam keadaan sedang solat. Dan kami mendatangi mereka ketika dalam keadaan solat”Sholat-Berjamaah-di-Masjid-Istiqlal

Wahai muslimin, sesungguhnya kita semua telah diangkat ‘ buku catatan’ kita untuk dipersembahkan kepada Allah swt pada waktu solat subuh dan asar.Maka hendaklah kita memperhiaskan dan mencantikkan lagi buku catatan kita itu agar ianya apabila dibentangkan kepada Allah swt dalam keadaan yang paling baik dan berkualiti.

noraidah@ummu asma’

SYIRIA

Inilah keadaan bumi syiria sebelum berlakunya kemusnahan .Kini  ianya musnah sama sekali. Apa yang anda lihat sekarang sudah tiada lagi di sana. Umpama padang jarak padang terkukur.

sumber gambar : FB Oh! Media

Apakah peranan kita sebagai saudara seagama ketika ini? Paling kurang hendaklah kita mendoakan mereka yang berada disana. Di sini, dianjurkan agar kita membaca Qunut Nazilah.

Disunahkan bagi umat islam itu untuk membaca DOA QUNUT NAZILAH di dalam solatnya apabila terjadinya bencana, musibah,peperangan, wabak dan sebagainya .

Sebagaimana Nabi Muhammad saw membacakan doa qunut nazilah selama sebulan selepas peristiwa pembunuhan sahabat-sahabat penghafaz al-quran .

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Qunut Nazilah boleh dibacakan setiap sholat fardhu 5 waktu jika memang kedatangan bala musibah atau cobaan dari Allah SWT. Adapun untuk bacaan doa qunut nazilah tidak ditentukan bacaannya, meskipun demikian dianjurkan untuk berdoa dengan doa-doa yang ada riwayatnya dan sesuai dengan kondisi dan suasana yang sedang terjadi.

 

Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh khalifah Umar Ibnul Khattab r.a, ketika memerangi orang-orang nashrani, bahwasanya beliau membaca qunut dengan doa yang sudah masyhur, diantara adalah sebagai berikut:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ

Maksudnya :

Ya Allah ! Ampunilah kami, kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Persatukanlah hati mereka. Perbaikilah hubungan di antara mereka dan menangkanlah mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka”.

اَللَّهُمَّ الْعَنْ كَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُونَ أَوْلِيَائَكَ

Maksudnya :

Ya Allah! Laknatlah orang-orang kafir ahli kitab (yahudi dan nashrani) yang senantiasa menghalangi jalan-Mu, mendustakan rasul-rasul-Mu, dan memerangi wali-wali-Mu.

اَللَّهُمَّ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمِهِمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ تَرُدُّهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ

Maksudnya :

Ya Allah! Cerai beraikanlah persatuan dan kesatuan mereka. Goyahkanlah langkah-langkah mereka, dan turunkanlah atas mereka siksa-Mu yang tidak akan Engkau jauhkan dari kaum yang berbuat jahat”.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَفْجُرُكَ

Maksudnya :

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan, meminta ampunan, dan senantiasa memuji-Mu atas kebaikan yang diberikan. Kami tidak kufur kepada-Mu, dan kami berlepas diri serta meninggalkan orang-orang yang durhaka kepada-Mu”.

اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَلَكَ نُصَلِّى وَنَسْجُدُ وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ. نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقٌ

Maksudnya :

Ya Allah! Hanya kepada Engkau kami beribadah, hanya karena Engkau kami shalat dan sujud, hanya kepada Engkau pula kami berusaha dan berkhidmat. Kami sangat mengharap rahmat-Mu dan kami pun takut akan siksa-Mu, karena sesungguhnya siksa-Mu itu tidak akan pernah berkurang atas orang-orang kafir”.

 

Buatmu  Palestin, Lubnan, Iraq dan Syiria

 اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان

Maksudnya :

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

SUPER MURABBI

Super Murabbi

Langkahnya setapak demi setapak gagah  dilangkahi

Walaupun ketika suasana sunyi dirasai

Sanggup menghadapi suka duka dalam menuntun hati-hati ke arah redha-Nya

Tanpa mengira posisi

Malahan berlumba-lumba mencari dalam pasti

Dalam langkahnya itulah dia mencari

Redha illahi yang hakiki

 

images

Suatu ketika dahulu, Musab bin Umair telah dipilih oleh Rasulullah saw bagi menjalankan misi penting iaitu dihantar ke Madinah al-Munawwarah bagi mengajar kaum muslim disana mengenai Islam. Mereka adalah orang Ansar yang telah berbaih di Aqabah.

Ketika Musab tiba di Madinah, diketahui bahawa jumlah orang muslim disana adalah seramai 12 orang. Selepas itu, berkembanglah jumlahnya. Lihatlah bagaimana Musab memainkan peranannya dalam menawan hati penduduk Madinah hingga berduyun-duyun masuk Islam.

Musab adalah seorang yang cerdas fikirannya, luhur budi pekertinya ditambah dengan kejujurannya yang berjaya menawan hati orang-orang Ansar.

Tindakan yang tepat dan bijaksananya  telah membuktikan bahawa pilihan Rasulullah saw itu tepat. Dapat kita lihat bagaimana Musab memahami tugasnya untuk mengajak manusia mencari keredhaanNya. Akhlak yang ditonjolkan ketika itu mampu membuatkan orang-orang Ansar tertarik untuk mendekatinya dan sekaligus memeluk Islam.

 

IWA BESAR UNTUK TUGAS BESAR

Dari posisi lain, kita melihat bagaimana rasulullah saw memilih Musab walhal begitu ramai sahabat yang berada disekeliling baginda. Jawapannya adalah Musab mampu melakukan perubahan besar di dalam dirinya kerana orang yang sanggup berubahlah yang akan sanggup memikul tugas besar. Adapun orang yang penakut, hanya mampu menjadi pengikut sahaja. Musab ini sanggup belajar di kala terbatasnya sesuatu urusan. Halangan dan rintangan itulah yang mencerdaskan mindanya.

Begitulah kita sebagai muslim. Seharusnya memiliki kesedaran tinggi bagi “menjadi dirinya sendiri”. Tidak boleh menggantungkan diri kepada peribadi orang lain.

Berani memulakan kebaikan tanpa perlu menunggu orang lain,

Tidak mengharapkan ucapan tahniah dari orang lain,

Tidak mengharapkan tepukan dari orang lain,

Ragu dibuang dari kamus hidupnya,

Maju dengan penuh semangat.

 

KUNCINYA ADALAH DENGAN TARBIYAH DZATIYAH

“Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada.Dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka ia akan menghapuskannya.Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik” hadith riwayat tirmizi

Tarbiyah dzatiyah inilah yang akan mengubah diri sebagai sumber pengubah dan unsur pengubah.

Sebagaimana firman Allah dalam surah ar-rad :11 ” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum tersebut mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum tersebut mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

 

jalan-berliku2-55ed98d45093737e0f800c67

 

 

 

 

 

 

KENALI TOKOH

Allah swt berfirman :
 ” Di antara orang-orang mu’min itu, ada orang-orang yang menepati janji mereka kepada Allah sehingga di antara mereka ada yang gugur. Di antara mereka pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya) ”
Surah al ahzab : ayat 23

MUHAMMAD AL-GHAZALI

~Dilahirkan di sebuah kampung di Provinsi Bukhairah pada 1917
~Hafaz al quran sebelum usianya genap 10 tahun
~Pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah Maahad Iskandariah, kemudian ke Fakulti Usuluddin dan bergelar doktor pada 1943
~Menjadi penasihat di Alazhar hingga menjadi mudir lembaga dakwah dan irsyad
~Menjadi staf pengajar di beberapa universiti antaranya universiti alazhar dan ummul qura’ , Mekah
~Pernah diangkat sebagai ketua Majma’ul Ilmi (forum keilmuan) di Universiti Amir Abdulqadir ,Aljazair
~Pernah berkhutbah menolak hasil kesepakatan Camp David dan menuntut agar dicerapnya syariat islam
~Antara kata-kata beliau :” Kita harus membela kalimat tauhid di era ini kerana untuk itu kita akan bertemu dengan Allah swt
~Meninggal dunia ketika sedang berdoa di muktamar yang membahaskan sekularisme pada tahun 1996
~karya tulisan beliau sekitar 50 buah buku antaranya khuluqul muslim dan humumu da’iyah

image

Syeikh Muhammad Al-Ghazali

INDAHNYA RAMADHAN!

” Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (hadith riwayat imam bukhari)

image

RAMADHAN UMPAMA POHON TAKWA

Pohon yang daunnya gugur sepanjang tahun kini tiba musimnya untuk tumbuh mekar kembali. Pohon takwa kini bertemu dengan waktu yang sesuai untuk berkembang menjadi pepohon yang rimbun,membolehkan ia menjadi tempat berteduh disamping pelbagai kebaikan serta memberikan buahnya sepanjang musim dengan izin Allah swt… Itulah RAMADHAN yang kita nanti-nantikan.

image

Iftar di bumi palestin

Dalam surah al- baqarah ayat 183 :

” Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa seperti halnya diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

Allah juga berfirman dalam hadith qudsi
” Puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya;ia (orang yang berpuasa) telah mengekang hawa nafsunya,makannya dan minumnya demi Aku” (hadith imam bukhari)

Puasa itu adalah salah satu rukun islam. Jika roboh, maka robohnya seluruh ‘bangunan’ iaitu rukun islam. Puasa ramadhan itu hanya sebulan sahaja dan ia difardhukan pada tahun ke2 hijrah.

Puasa itu :

1- Kafarah Dosa

   Huzaifah ra mendengar Nabi SAW  
   bersabda :
  “Fitnah seseorang kepada keluarga,
   harta, dan tetangganya dapat ditutupi   dengan solat,puasa dan sedekah” ( hadith riwayat imam bukhari)

2-Penghapus Dosa-dosa yang telah
  berlalu
 
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah swt ,ia akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (hadith riwayat imam bukhari)

3- Menjadi syafaat di hari kiamat
 
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amir ra: bahawa Rasulullah saw bersabda :
” Puasa dan alquran akan memberi syafaat (pertolongan) bagi seorang hamba (yang berpuasa dan membaca alquran) pada hari kiamat: Puasa berkata : Wahai Rabbi,saya sudah mencegahnya dari makan dan melempiaskan nafsunya pada siang hari,maka terimalah syafaatku untuknya. Alquran pun berkata : aku sudah mencegahnya dari tidur pada malam hari,maka terimalah syafaatku untuknya.Kemudian keduanya pun memberi syafaat ” (Hadith Imam Ahmad)

4-Pintu khusus di Syurga

Pintu itu akan dimasuki oleh orang-orang yang membiasakan diri dengan berpuasa dengan sebenar-benarnya.

Dari Sahal ra disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda :

” Di syurga ada pintu yang disebut ar- rayyan. Di hari kiamat kelak, orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu dan tidak ada seorangpun yang akan melewatinya selain mereka. Ia dipanggil ,’ Di manakah ahli puasa?’ Mereka pun berdiri seraya memasukinya dan tidak seorangpun yang masuk (lewat pintu ini) selain mereka. Jika semuanya masuk ,lalu pintu itu ditutup dan tidak ada seorang pun yang melewatinya” (hadith riwayat imam bukhari)

Demikianlah puasa itu menjadi ibadah buat hamba-hambaNya yang mulia. Diibaratkan seperti mata air yang mengalir tenang menyirami pepohon takwa yang sedang membesar , lebat daunnya dan memberikan bekal keimanan hingga ramadhan yang mendatang.

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda :

” Solat 5 waktu, dari jumaat ke jumaat dan dari ramadhan ke ramadhan menjadi penghapus dosa di antara keduanya selama tidak melakukan dosa besar”
 ( hadith riwayat imam muslim)

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM. WA LA TANSANA BID-DU’A!

(mudah mudahan allah menerima amal ibadah kita. janganlah kamu lupakan kami dalam doa-doamu)

RAMADHAN KAREEM DARI UMMU ‘ASMA KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT .

image

image

image

image

MAFLA

MAFLA PALESTIN

UPDATE TERKINI 12/4/2015

wpid-img_52978969146089.jpeg

*****Keistimewaan Mafla Tebal*****

√100% dari timur tengah

√kainnya tebal& kait

√bendera Palestine

√Ukuran~

Panjang = 133 cm

Lebar. = 15 cm

Renda. = 10 cm

√tulisan Bahasa Arab

Maksud تضامنا مع غزه, القدس لنا~

Saling bersatu-padu

mempertahankan Gaza,

Al-quds untuk kita semua.

Anda ingin menjadikan mafla ini sebagai salah satu koleksi mafla anda?

Pm @ whatsapp @ telegram admin 0136512461 (Puan Aida) segera sementara stok masih ada..

Pakej ” Al-quds lana” ( mafla polyster dan headband) -RM 36 di semenanjung, RM 40 sabah & sarawak.(termasuk kos pos) -Hubungi 013-6512461(puan aida) untuk maklumat lanjut.

2mafla

Pakej “Save Gaza” ( mafla kait, mafla licin dan headband) -RM 45 termasuk kos pos di semenanjung sabah & sarawak. -Hubungi 013-6512461(puan aida) untuk maklumat lanjut.

tebb

Pakej “Al-Aqsa” ( mafla tebal dan headband) -RM 40 kos pos di semenanjung, RM 44 sabah & sarawak. -Hubungi 013-6512461(puan aida) untuk maklumat lanjut.

TANDA-TANDA IKHLAS

 

download

 Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :

 1.            Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata: “Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

 

Salim bin Hanzalah berkata :

“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata: ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin, apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab: ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”

Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.

Al Hassan berkata :

“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata: ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku.”

Al-Hassan berkata :

“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”

Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai. Beliau berkata :

“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”

Ibnu Mas’ud berkata :

“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :

“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”

Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.

Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :

Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.”

2.            Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada  perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :

 

“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang  yang bertaqwa.”

At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :

“Aisyah, isteri Nabi saw berkata: ‘Aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60)  yang bermaksud :

 

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”

 

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”

 

3.            Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.

Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”

 

 4.            Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di belakang, beliau berada di belakang.”

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.

5.            Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :

 

               Semoga kamu merasai kemanisan,

               sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,

               Semoga kamu menjadi redha,

               sedangkan manusia marah,

               Semoga ada orang memakmurkan,

               di antara aku dan kamu,

               sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,

               Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,

               maka semuanya menjadi mudah,

               dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah

               adalah tanah…

 6.            Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah  swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya, beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan  diri dari medan jihad.

Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain. Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga atau orang tertentu di kalangan manusia.

Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian dan perbuatan-perbuatan tadi.

7.            Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah  swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat: “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya: “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.

8.            Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.