AMAL ISLAMI

Alhamdulillah, kita telah pun melangkah ke tahun 1431 hijrah. Itu menandakan usia pun telah meningkat. Jika kita ‘refresh’ kembali hari-hari yang telah kita lalui, masih ada lagi lubang-lubang yang tidak ditampal dengan sebaiknya. Ibarat membina sebuah bangunan tetapi adakah tiangnya telah teguh? Adakah batu-bata yang digunakan tahan lasak , tersusun rapi dan tiada lubang? Jika diterjemahkan didalam kehidupan seharian adakah amalan kita telah cukup dan bermutu tinggi untuk dipersembahkan kepada Allah swt di kemudian hari?

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang MAha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” At-taubah :105

Firman Allah swt lagi yang bermaksud : “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.” Al-An’am : 153

Wahai saudara yang budiman, inilah 10 rukun akad setia kita dalam amal islami. Peliharalah ia dengan baik iaitu :

1) Faham (Al-Fahmu)

2) Ikhlas (Al-Ikhlas)

3) Kerja (Al-‘Amal)

4) Jihad (Al-Jihad)

5) Pengorbanan (Al-Tadhiyyah)

6) Taat (Al-To’ah)

7) Teguh Pendirian (Al-Thabat)

8) Jatidiri (Al-Tajarrud)

9) Persaudaraan (Al-Ukhuwwah)

10) Kepercayaan (Al-Thiqah)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: