Rukun Amal Islami

Huraian

1) FAHAM (AL-FAHMU)

Perkara yang saya maksudkan dengan faham ialah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah Islam yang tulen.Saudara hendaklah memahami Islam sepertimana kami fahami, dalam skop 20 yang serba ringkas ini.

Prinsip Pertama :

Islam adalah sistem hidup yang bersepadu, mencakupi seluruh fenomena kehidupan.Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat; akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan.Selain itu, ia adalah akidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya.

Prinsip kedua:

Al-Quran al-karim dan As-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua muslim untuk mengetahui hukum-hakam di dalam Islam.Al-Quran difahami selari dengan kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan membuta tuli.Juga memahami hadis yang suci bersumberkan periwayat-periwayat yang dipercayai.

Prinsip ketiga:

Pada iman yang benar dan ibadat yang sahih serta mujahadah terdapat cahaya dan kemanisanyang dicampakkan oleh Allah kedalam hati di kalangan hambaNya yang dikehendakiNya.Namun,ilham,lintasan hati,kasyaf (pandang tembus) dan mimpi bukanlah dalil-dalil hujah bagi hukum syariat.Ia tidak diambil kira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum hakam agama dan nas-nasnya.

Prinsip keempat :

Tangkal,jampi,pendinding,menilik dengan cara melukis,tenung nasib dan dakwan mengetahui perkara ghaib semuanya adalah perkara munkar yang wajib diperangi kecuali jampi yang mengandungi ayat al-quran atau hadith yang ma’thur (berasas sumber yang sahih)

Prinsip kelima:

Pandangan Imam (pemerintah) atau timbalannya pada perkara yang tidak  mengandungi nas, atau pada perkara yang boleh diandaikan beberapa bentuk pendapat atau mengandungi ‘musoleh mursalah’ (kepentingan umum) boleh dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syariat.Adakalanya ia berubah bergantung kepada keadaan,budaya dan adat.Prinsip asal ibadat ialah ta’abbud (pengabdian) tanpa perlu melihat maksud tersirat.Sementara dalam perkara-perkara lain perlu melihat kepada maksud tersirat, hikmah dan tujuannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: