Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung

Forum Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung telah diadakan di Uniti Village pada 19 hb Januari 2010 jam 8 malam.Ahli penal yang terlibat ialah Ustaz Azizee Hassan dan Puan Akma Deena Khalid. Pengerusinya pula ialah Ustaz Mohd Sofee Mustafa…Kombinasi yang mantap!

Alhamdulillah ana, zauj dan Asma’ diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk turut serta dalam forum tersebut.

Ahli panel tersebut telahpun mengupas isu ini (cinta) dengan berlandaskan syariat dan pelbagai lagi… Bagi ana, adalah bagus forum ini diadakan agar siswa-siswi Uniti dan juga para hadirin yang hadir diberi pendedahan sebenar hakikat cinta…Al-maklum sajalah..jika menyentuh bab ini , pasti pelbagai persepsi akan diberikan..

Tajuknya pula sesuai dengan adat melayu..baju melayu vs baju kurung…lebih sopan dan menutup aurat..oppss..bukan baju kurung yang kainnya belah @ jarang @ si pemakainya tidak memakai tudung yang menutup hingga paras dada yer…

Dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud : ” dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) dilihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan-pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”

Penganjur tidak pula memilih tajuk seperti ‘ Bila kot bertemu blouse’ . Tidak sesuai. Mungkin di tempat lain memilih tajuk ini…Pemilihan tajuk ini ana lihat sebagai simbolik adat melayu .Sejak dahulu lagi , nenek moyang kita terutamanya memakai baju melayu dan baju kurung. Hatta zaman kita, masih lagi memakainya.Pelbagai variasi yang ada seperti baju melayu & baju kurung teluk belanga, baju kurung riau,baju melayu johor,baju kurung pesak gantung dan sebagainya…

Ana tidak mahu mengupas intipati forum tersebut tetapi ingin berkongsi mengenainya.

CINTA

C – CINTA YANG SATU

I – IMPIAN YANG NYATA

N – NIKMAT YANG BERBEZA

T – TANPA PENGERTIAN

A – ANTARA KAU DAN AKU


Apa yang dimaksudkan dengan :

C : Cinta yang satu ialah cinta kepada Ilahi.Cinta hamba kepada penciptanya iaitu Allah swt dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya. Firman Allah swt dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud : “kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon perlindungan”

I : Impian yang nyata pula adalah impian atau cita-cita setiap mu’min untuk mendiami Jannatullah yang penuh dengan kenikmatan.Sepertimana janji-janji Allah swt kepada orang-orang yang beriman di dalam surah Al-Ankabut , ayat 58 yang bermaksud : “Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,sesungguhnya Kami akan menempatkan mereka pada tmpat-tempat yang tinggi dalam syurga,yang mengalir sungai-sungai di bawahnya,mereka kekal di dalamnya.Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang yang beramal”

N : Nikmat yang berbeza iaitu nikmat keimanan yang lahir daripada kecintaan kita kepada Allah swt.Nikmat ini tiada taranya dengan nikmat yang lain.

T : Tanpa pengertian iaitu cinta kepada Allah swt ini tidak dapat disamaertikan dengan cinta yang lain.Sesungguhnya cinta kepada Allah swt adalah cinta yang hakiki.

A : Antara kau dan aku ialah hubungan seorang hamba dengan tuannya. Allah Rabbul ‘Alamin.Seorang hamba itu wajib mengabdikan dirinya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya serta senantiasa bertawakkal kepada Allah swt dalam segala urusan

Oleh itu, hendaklah kita mencintai Allah swt sebelum kita mencintai sesuatu yang lain kerana Allah swt itu kekal abadi…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: