Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi Natrah

Tragedi Natrah yang telah berlaku 60 tahun dahulu masih segar di dalam ingatan generasi terdahulu terutamanya nenek dan datuk kita.. Ketika berlakunya peristiwa itu, nenek dan arwah datuk ana menetap di singapore kerana arwah datuk bertugas sebagai polis di sana.. Ana hanya mendengar kisah ini semasa kecil dan ketika dibangku sekolah ana pernah membaca buku-buku rekod dunia  oleh Ghulam Jie M Khan atau Ghulam Muhammad Khan bin Abu Bakar Khan penulis buku REKOD-REKOD DUNIA yang menceritakan mengenai isu ini.

Natrah bersama Che Aminah (ibu angkatnya)

Natrah dan suaminya

60 tahun yang lalu, kisah Natrah amat menggemparkan seluruh malaysia dan singapore terutamanya.Ia juga mendapat liputan meluas dari negara-negara lain terutamanya Belanda. Sensitiviti orang Melayu ketika itu amat tinggi bagi mempertahankan agama islam yang mulia. Berbanding kini, isu kristianisasi amat berleluasa dan ia dipandang remeh oleh masyarakat yang tidak memahaminya.Hanya orang Islam  yang benar-benar faham memperjuangkannya hingga ke akar umbi kerana melibatkan isu Aqidah.. bukannya isu furu'(cabang). Soal aqidah tidak boleh dijadikan isu ringan.. Semoga dengan adanya seminar ini membolehkan masyarakat terutamanya orang islam mendapat gambaran yang jelas akan tragedi yang berlaku 60 tahun dahulu disamping memperolehi pengajaran .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: