KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM

KKMM Mukadimah Lawan Penjajahan Barat Melalui Liberalisasi & Penyamarataan

 

 

PUTRAJAYA, 23 Oktober – “Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) ini merupakan satu batu loncatan penting untuk kita menonjolkan perbezaan sebenar antara Islam sejati dan liberalisasi yang dimomok-momokkan oleh NGO-NGO wanita liberal yang bertopengkan nama Islam,” tegas Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Norsaleha binti Salleh.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan tentang propaganda Islam liberalisasi yang dibawa oleh NGO-NGO wanita Islam liberal di Malaysia pada sidang akhbar mini KKMM 2011 di sini.

Tambah Ustazah Norsaleha, tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah untuk memberikan hala tuju kepada masyarakat Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu, tentang peri pentingnya mempunyai perencanaan dalam kehidupan berkeluarga. Dengan adanya agenda Islam dan menanamkan kefahaman islami yang betul, keluarga-keluarga muslim akan mempunyai pemikiran yang berlandaskan Islam sebenar, dan boleh menolak ideologi-ideologi Islam liberal, yang sebenarnya merupakan alat-alat Barat untuk merosakkan umat Islam.

Beliau turut menyampaikan hasrat untuk mengadakan sesi dialog bersama dengan NGO-NGO wanita lain untuk memperjelaskan bahaya ideologi wanita Islam liberal kepada masyarakat.

“Tiada jalan lain untuk memperjelaskan Islam sebenar melainkan kita turut sama ke hadapan dan turun ke dalam masyarakat sepertimana NGO-NGO tersebut, agar masyarakat dapat menilai sendiri perbezaan kita,” ulas Ustazah Norsaleha lagi.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman apabila diajukan soalan tentang penjajahan Barat yang menyerang belia negara berkata, “Dahulu, masalah perbezaan antara mana-mana pihak diselesaikan secara toleransi, tetapi sekarang, penyelesaian kepada perbezaan adalah dengan cara keluar daripada sifat perbezaan itu.”

Tambah beliau, pengeluaran pemikiran daripada perbezaan-perbezaan yang timbul akhirnya melahirkan ideologi-ideologi liberal, seperti menghilangkan ‘bin’ atau ‘binti’, tiada pengisytiharan agama, penyamarataan agama dan penghalalan zina.

Bertemakan “Membudayakan Perencanaan Dalam Keluarga Melayu Muslim”, konvensyen anjuran ISMA ini telah berlangsung selama sehari di Putrajaya, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Konvensyen ini telah menerima kehadiran 1000 orang peserta dari pelusuk tanah air.

 

RUJUKAN : ISMA WEB

  • Posted in: 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: