Himpun Adakan Siri Jelajah Ke 3 Buah Negeri

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran gabungan NGO Islam akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Johor pada bulan ini dan bulan depan.

Perhimpunan yang bertujuan untuk menyatukan umat Islam di negara ini dalam menghadapi ancaman pemurtadan akan diadakan di Perak pada 17 Disember, diikuti di Negeri Sembilan pada 7 Januari dan Johor pada 28 Januari.

Menurut Setiausaha Sekretariat HIMPUN, En. Aminuddin Yahaya yang juga Timbalan Presiden ISMA, satu sekretariat kerja telah ditubuhkan di Perak yang turut disertai oleh beberapa NGO yang menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan.

“Kita menerima sambutan yang sangat baik dari NGO-NGO peringkat negeri yang hadir bersama pada mesyuarat lepas, di mana mereka memberi komitmen untuk menggerakkan jentera dan ahli di peringkat negeri untuk sama-sama mewar-warkan isu murtad ini dan bahaya yang akan melanda jika tidak ditangani dengan segera.”

Beliau berkata, HIMPUN peringkat negeri Perak itu menyasarkan antara 6 ribu hingga 10 ribu peserta akan hadir.

En. Aminuddin memberitahu bahawa maklumat yang didapati menunjukkan masyarakat memang sedar akan bahaya gejala murtad cuma tahap kesedaran itu belum berakar umbi sepenuhnya.

Justeru itu, pihak sekretariat akan melakukan usaha sehebat mungkin dari segi publisiti dan melihat kes-kes tempatan yang berlaku mengenai isu murtad di kalangan penduduk di negeri yang akan dilawati nanti.

Dalam sidang media baru-baru ini, Pengerusi Bersama HIMPUN iaitu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober lepas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.

Beliau juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.

 

http://www.isman9.com/2011/12/himpun-adakan-siri-jelajah-ke-tiga-negeri/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: