Isu Syiah: Semua Pihak Berautoriti Perlu Tegas Bendung Kemaraan Fahaman Syiah

 

 

 

SEREMBAN – Semua pihak yang berautoriti tidak seharusnya memandang remeh isu Syiah, sebaliknya perlu mengambil tindakan segera, professional dan tegas dalam membendung kemaraan fahaman tersebut, di samping menjelaskan kepada masyarakat bahawa fahaman Syiah ini bertentangan sama sekali dari segi akidah, syariah, akhlak dan mengundang bahaya kepada ummah serta negara.

Perkara ini ditegaskan oleh para pembentang kertas kerja di Seminar Pemurnian Akidah bertemakan “Syiah: Realiti implikasinya kepada ummah” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang disertai oleh peserta-peserta dari pelbagai organisasi dan jabatan di seluruh negeri ini di sini.

Dua tokoh yang tidak asing lagi di negara ini telah membentangkan kertas kerja mereka iaitu Ustaz Nasem bin A. Rauf dari Pusat Pengajian Islam Darul Kautsar, Kelantan dan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammad, Felo Amat Utama ISTAC.

Ustaz Nasem membentangkan kertas kerja bertajuk “Ancaman dan bahaya Syiah dari segi akidah, syariah dan akhlak kepada ummah dan negara” manakala Dr. Muhammad Uthman mengupas tajuk “Ajaran Syiah dan bahayanya kepada ummah”.

Seminar ini diadakan bagi memberi penjelasan kepada umat Islam di seluruh negara secara amnya mengenai realiti semasa dan gerakan fahaman Syiah yang dilihat akhir-akhir ini begitu berani tampil memperjuangkan fahaman mereka sebagai fahaman yang benar dan menandingi fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut mengambil bahagian dalam seminar ini dan bekerjasama dengan pihak penganjur untuk membuka ruang pameran yang berkisarkan isu bahaya fahaman Syiah yang semakin menular dalam masyarakat. Pameran yang diketuai oleh Ustaz Mohamad bin Ismail yang merupakan Ketua Unit Kajian Syiah ISMA ini mendapat sambutan dan komentar yang amat baik dalam kalangan peserta-peserta.

Ustaz Mohamad juga tidak ketinggalan membawa momerandum puak Syiah yang telah dihantar kepada DYMM Sultan dan buku-buku rujukan, termasuk buku yang telah diedarkan secara terang-terangan oleh puak Syiah ke merata masjid di seluruh negara umumnya dan di Negeri Sembilan khususnya sebagai antara bahan pameran.

Penglibatan ISMA dalam program ini memperlihatkan komitmen jitu dalam menangani isu-isu yang terus menyerang akidah umat Islam masa kini terutamanya isu berkenaan penyebaran fahaman Syiah di seluruh pelusuk negara.

Seminar ini diakhiri dengan perasmian penutup oleh Tuan Johani bin Hasan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

http://www.isman9.com.my
  • Posted in: 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: