Himpun: Berganding Bahu Pertahankan Aqidah

“Wahai orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak beriman, mereka berjuang di jalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui.” (Surah Al-Maidah, Ayat 54)

Gejala murtad tidak pernah berhenti menyerang umat Islam. Ia umpama sejenis virus yang menyerang tubuh badan umat Islam secara senyap tanpa kita sedari. Diayah ini tidak bermusim sebagaimana semangat penentangan terhadap gejala murtad yang bermusim di pihak umat Islam. Hendaklah kita insaf betapa gejala ini adalah musuh kita bersama yang perlu ditangani dengan baik dan serius supaya kaum keluarga dan anggota masyarakat tidak terjerat.

Suku terakhir abad yang ke-20 ini, merupakan satu jangka masa yang memberi sinar dan harapan kepada Islam. Dalam tempoh masa suku yang terakhir ini kita dapati generasi muda dari masyarakat Melayu telah mula mendekatkan diri dengan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar, meskipun dalam tempoh yang sama sebelumnya adalah masa yang gemilang bagi pelbagai fahaman ciptaan manusia seperti komunis, sosialis dan nasionalis.

Fahaman-fahaman ciptaan manusia ini telah menghadapi zaman malap dan semakin hilang tempatnya di dalam masyarakat dalam tempoh 25 tahun yang terakhir ini. Kehilangan dan kemalapan ini telah diambil alih oleh Islam. Oleh sebab itu dalam tempoh tersebut, kebangkitan di pelbagai peringkat masyarakat bermula dari desa dan kampung hingga ke bandar-bandar besar dan pusat-pusat pendidikan tinggi. Manusia tidak mampu lagi menafikan fitrahnya untuk menerima Islam.

Mereka telah mendampingi dan mempelajari Islam serta turut terlibat di dalam menyebarkan Islam kepada orang lain. Hasilnya begitu ketara di mana pada hari ini secara jelas kita dapat lihat betapa ajaran Islam telah diperluaskan di kalangan masyarakat Melayu, jauh lebih menyeluruh daripada sebelumnya. Kalau kita berjalan ke mana sahaja sekarang ini kita dapati bilangan kaum wanita yang menutup aurat sudah mencapai ke suatu peratusan yang begitu tinggi.

Umat Islam telah mula memecahkan kepompong kefahaman Islam yang sempit kepada satu kefahaman yang lebih luas. Sebab itu pada hari ini umat Islam sudah mula pandai dan berani menuntut dan meminta daripada pihak berkuasa di negeri mereka supaya ajaran Islam perlu dipeluaskan dalam semua kegiatan hidup bermasyarakat, berekonomi dan bernegara. Tidak sebagaimana sebelumnya yang hanya terikat kepada beberapa ibadah khusus semata-mata.

Fenomena ini telah mendapat perhatian dan pengamatan musuh-musuh Islam di Timur dan Barat. Mereka telah memerhati dan memantau keadaan ini dari masa ke semasa. Akhirnya mereka telah merumuskan satu strategi bagi melemah dan menghancurkan Islam melalui pelbagai cara.

Musuh-musuh Islam yang terdiri dari tiga pihak merangkumi penjajah, orientalis dan zionis. Mereka berkumpul dan bersatu tenaga, memikir dan merencana untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai bentuk dan cara, antaranya ialah penggunaan media massa, internet, badan-badan bukan kerajaan, pusat-pusat hiburan dan seumpamanya yang menjurus ke arah mengajak masyarakat Islam meruntuhkan akhlak dan keperibadian Islam mereka.

Generasi muda Islam secara beransur-ansur dan perlahan-lahan telah diheret melalui pengaruh media massa untuk terperangkap dengan budaya serba boleh. Budaya ini dari sudut akidahnya mungkin melahirkan golongan yang berpegang kepada iktikad tidak ada Tuhan atau tidak ada ugama, atau lebih dikenali sebagai ‘Free thinker’. Manakala dari sudut akhlak dan tingkahlakunya, ia mungkin melahirkan budaya suka berhibur semata-mata, atau lebih dikenali sebagai hedonism. Kedua-dua budaya ini akhirnya akan meruntuhkan sama sekali akidah Islam yang menjadi pegangan umat Islam selama ini.

Kita umat Islam mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menjaga dan menyelamatkan sekurang-kurangnya lima perkara yang telah diamanahkan oleh Allah secara semulajadi kepada kita, iaitu akidah atau ugama, akal, keturunan, harta dan jiwa raga. Kelima-lima ini adalah fitrah yang ada pada setiap manusia, ia mesti dijaga dan dipertahankan, kalau tidak, kita tidak layak dipanggil manusia. Jikapun dipanggil manusia, tetapi hakikatnya hanyalah manusia tanpa kemanusiaan. Ciri-ciri kemanusiaan hanyalah ada pada manusia yang mampu mempertahankan kehormatan dan kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Islam telah mengajar dan mengarahkan umat supaya kelima- lima perkara ini dijaga dan dipelihara dengan baik.

Murtad adalah perbuatan meninggalkan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang disebut tadi. Oleh yang demikian ia mesti ditentang dan dihalang supaya ia tidak berlaku. Murtad ialah satu benda buruk yang mesti dilawan, samada ia memberi kesan kepada orang lain atau tidak. Tetapi perbuatan murtad itu sendiri adalah satu perbuatan yang buruk yang mesti ditentang. Murtad seperti kegiatan jenayah yang lain yang mesti dibendung dan dihapuskan.

Masalah murtad adalah masalah kita bersama, ia bukan masalah peribadi orang yang murtad atau keluarganya sahaja, seperti dalam kes yang berlaku kepada Siti Aishah dan keluarga Hj.Bukhari, ia adalah masalah masyarakat dan negara umat Islam.

Kegiatan murtad ini kalau dibiarkan berleluasa, ia akan menimbulkan kemurkaan Allah kepada seluruh umat manusia dari masyarakat tersebut. Sebab itu Allah menyebutkan di dalam al-Quran yang dibacakan dalam mukadimah tulisan ini, bahawa apabila sesuatu kaum yang beriman itu murtad, maka Allah akan menggantikannya dengan kaum yang lain. Penggantian satu kaum dengan satu kaum yang lain bukanlah satu proses yang mudah dan senang. Ia bukanlah sahaja mengambil masa yang panjang, tetapi terpaksa mengalami penderitaan dalam kehidupan sementara untuk hilang dan lenyap dari permukaan bumi. Kalau tidak keterlaluan barangkali kita boleh ambil contoh umat Islam di Rusia.

Sewaktu rejim komunis Rusia berkuasa, kebanyakan umat Islam yang ada di dalam negara mereka terpaksa murtad dan menerima fahaman komunis. Apabila rejim komunis itu runtuh dan umat Islam bangkit semula, berlakulah penghapusan etnik secara berbunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Bosnia dahulu dan di Kosovo sekarang. Keadaan yang seumpama ini sudah tentu amat menyiksakan, tetapi inilah balasan Tuhan seperti yang dijanjikan melalui al-Quran.

Orang yang murtad pada asalnya ialah orang Islam. Mereka sudah pernah merasa nikmat beriman kepada Allah, mereka sudah dapat nikmat hidup bermasyarakat, berumahtangga dan nikmat daripada halal haram yang telah diamalkan oleh Islam. Oleh sebab itu apabila mereka masih lagi memilih untuk murtad walaupun sudah faham dan beramal dengan Islam, ini menunjukan bahawa kejahatan dan kebuasan nafsu dalam diri mereka sangat kuat. Oleh hal yang demikian golongan seperti ini patut sangat dihukum dengan hukuman yang berat seperti dibunuh.

Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang, ada orang bimbang bahawa kegawatan ini boleh menyebabkan manusia menjadi miskin. Dengan kemiskinan tersebut boleh menjadikan manusia murtad kerana ada hadis yang bermaksud sedemikian, akan tetapi kita tidak harus lupa bahawa kekayaan juga kadang-kadang boleh menyebabkan kita menjadi taghut. Ini bermakna bahawa murtad ini adalah satu gejala yang boleh berlaku samada dalam keadaan kita senang ataupun kita susah. Apa yang penting kepada kita bukanlah kekayaan dan kemiskinan. Sebaliknya adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan membendung sebarang anasir yang boleh membawa kepada merebaknya gejala tersebut.

Antara tindakan yang patut diambil ialah mempertegakkan hukuman yang telah ditentukan oleh Allah terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala ini. Sementara api murtad itu masih kecil dan masih mudah untuk dipadamkan, maka kita tidak boleh boleh lagi berdolak dalik dan bermain-main dengannya. Jika tidak apabila sudah menjadi besar, sudah tentu kita tidak ada kemampuan lagi untuk mengatasinya.

Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa dan kesilapan-kesilapan yang lalu. Di waktu umat Islam masih banyak bilangannya di negara ini, wajarkah kedudukan Islam dan perundangan kita buat sambil lewa sahaja.

Oleh hal yang demikian seluruh umat Islam di negara ini hendaklah mengambil bahagian dan memainkan peranan supaya kita benar-benar mampu menjadi tenaga penggerak agar gejala murtad ini benar-benar diambil perhatian dan tindakan undang-undang yang sewajarnya seperti yang diajar adalah kejayaan Islam dan kegagalannya pula adalah satu bencana kepada umat Islam di negara ini. Sementara masa dan waktu masih ada, dan Allah memberi peluang ini sepenuhnya semuga kita tidak termasuk di dalam golongan yang dimurkai olehNya.

Marilah setiap daripada kita menjadi muslim yang sentiasa sensitif kepada setiap perkara yang berlaku kepada agama Islam dan umat Islam di mana-mana sahaja ia berlaku samada di luar negara lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di dalam negara kita. Marilah kita sentiasa menyiapkan diri, sentiasa siap siaga menjadi tentera-tentera Allah, pembela-pembela agama yang sentiasa bertindak balas terhadap apa juga yang menyentuh soal agama Islam dan umat Islam.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, atas tanggungjawab agama, atas semangat menjunjung titah Raja-raja Melayu agar Islam dipertahankan; satu perhimpunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinamakan sebagai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) peringkat negeri Perak bertemakan “Selamatkan Akidah” akan diadakan di Stadium Mini Kuala Kangsar pada hari Sabtu 17 Disember 2011 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari yang melampaui sempadan perbezaan ‘kotak-kotak” kepentingan kelompok dan parti.

Inilah peluang keemasan yang mungkin sekali dan terakhir untuk setiap muslim yang sayangkan akidah dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan membersihkan karat-karat yang menyaluti akidah umat. Marilah sama-sama kita bersuara dengan satu suara melengkapkan lagi usaha-usaha yang yang telah d“Wahai orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak beriman, mereka berjuang di jalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui.” (Surah Al-Maidah, Ayat 54)

Inilah peluang keemasan yang mungkin sekali dan terakhir untuk setiap muslim yang sayangkan akidah dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan membersihkan karat-karat yang menyaluti akidah umat. Marilah sama-sama kita bersuara dengan satu suara melengkapkan lagi usaha-usaha yang yang telah dilakukan sebelum ini oleh semua pihak.

Ustaz Hj. Zamri bin Hashim,
Naib Yang di-Pertua,
ISMA Perak
http:www.ustzamrihashim.blogspot.com

* Ustaz Hj. Zamri bin Hashim juga merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: