Pemuda Tunjangnya

Akar Tunjang

Bagi setiap pokok ada akarnya, bagi setiap rumah ada tiangnya, bagi setiap tamadun ada kekuatannya, bagi setiap sesuatu ada tunjangnya, begitu jugalah tunjang bagi sebuah umat, ia terletak pada pemudanya.

Ya, pemudanya.

Bahasa dan Makna

Ibnu Manzur dalam kitab terkenalnya Lisan Arab menyatakan makna di sebalik pemuda atau kalimah arabnya As- Syabab , berkisar pada pengertian – pengertian kepimpinan , kekuatan , kegembiraan , kemuncak , dan keaktifan . Hal ini memberi tanda betapa besarnya potensi yang dimiliki oleh golongan pemuda . Betapa uniknya sifat yang dimiliki oleh pemuda yang tidak dimiliki oleh golongan kanak – kanak dan orang tua .
Bukan sekadar pada pengertian bahasa , malah Al Quran dan Hadith juga menyentuhnya secara langsung:

“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk “

Sabda Rasulullah SAW :

“..Aku dimenangkan oleh pemuda..”

Mereka adalah pemuda beriman .
Lalu, Allah menambahkan petunjuk dan jalan kemenangan .
Maka, menanglah sebuah perjuangan .

Segalanya ini menyimpulkan kepada kita sebuah formula mudah; Sesebuah perjuangan tidak akan berjaya tanpa ditunjangi oleh kelompok pemuda yang beriman dengan perjuangan tersebut.

Letaklah di hadapan kita segunung emas untuk membiayai projek – projek kebangkitan umat sekalipun, letaklah di hadapan kita timbunan srategi dan perancangan sekalipun, letaklah di hadapan kita idea – idea setinggi langit mana pun, segalanya hanyalah debu – debu yang berterbangan, melainkan bersama dengan kita seorang pemuda.

Mereka Istimewa

Di dalam Kitab Muqaddimah karangan agung ulama sosiologi Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun menyebut bahawa kekuatan sebuah tamadun, bergantung kepada kekuatan Assabiyah sebuah kaum dan kekuatan tentera dalam mempertahankan kedaulatannya. Kedua-dua tergabung dalam jiwa pemuda .

Pemudalah kunci utama yang membuka pintu – pintu kebangkitan , seperti kata – kata Imam Syahid Hasan Al Banna :

“Pemuda di setiap umat adalah kunci kebangkitannya”

Mantiq pemuda membawa kita kepada suatu simpulan natijah; jika rosak pemuda maka rosaklah juga bangsanya.

Namun, kerana ianya sebuah kunci , maka ia menentukan titik jatuh naik sesebuah umat dan bangsa. Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia mengajar kita pengajaran berguna, di mana aset pemudanya dilalaikan dengan syahwat, hiburan yang melampau, juga keduniaan yang memasuki hati telah setelah lama diracuni. Tamadun yang hebat suatu ketika dahulu telah pun tiada dek kerana kisah duka aib yang melanda pemudanya, berterusan di serang dari berbagai arah.

Putus Asa

Kadangkala membuat kita mudah berputus asa, tunduk dengan serangan, llalu mengikut arus membawa kita entah ke mana, tanpa sedar mengikut agenda musuh, terpedaya dengan slogan-slogan palsu maka menurutinya dengan semangat palsu. Umat seolah tiada maruah, lesu tidak bermaya, kelu tidak berkata, tertipu dengan habuan dunia, termakan hujah batil si penjajah, kita diatur dan bukan pengatur.  Kita seolah terlupa sabda baginda :

“Andaipun engkau tahu bahwa besok itu kiamat dan ditanganmu engkau masih memegang benih tanaman, maka tanamlah!”

Kalam Imam As-syahid Imam Hasan Al-Banna :

“Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya kita bukanlah mereka berputus asa dengan dirinya sendiri bahkan kita mendambakan kebaikan yang bertambah..”

Harapan

Bukankah Allah mengurniakan umatnya pilihan, berusaha menentukan masa depan, menjadikan dirinya hamba bersama Al-Quran, positif akal, suci naluri, bergerak dengan ruh kehambaan, mendambakan keredhaan di setiap usaha yang diberi.

Tidaklah umat ini terus dihina, kerana masih ada di sana cahaya. Siapa lagi yang ingin diharapkan kalau bukan kita wahai para pemuda. Syair Abu Qasim Asyabani Attunisi berbunyi :

Jika pada suatu hari, satu bangsa menginginkan kehidupannya #
Maka harus segera disambut semampunya
Kerana malam itu pasti berlalu #
Sebagaimana belenggu pasti akan hancur

Tekad

Usaha itu patut bermula, hilangkan keraguan dan terus berusaha membina pemuda.
Sabda baginda :

“Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak kamu ragui.”

Inilah prinsip yang diajar baginda kepada umatnya, lalu menjadi titipan di bibir pendakwah agung Turki, Said Baizzuman Said Nursi, kerana itulah prinsipnya, di atas kebenaranlah beliau berjuang, kemudian pergi menemui tuhannya.

Maka kuatkanlah tekadmu wahai sang pemuda. Mulakanlah episod pemuda itu dalam dirimu, kerana itulah jawapan terbaik buat umatmu.

Bak sebuah Syair :

Cahaya itu bagaimana ia menyinar, jika bukan darah kita bahan bakar #
Dan Al-Quds itu bagaimana dikembalikan jika bukan kita tenteranya #

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: