Pelancaran Program Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC)

 

ISMA melihat institusi keluarga Melayu hari ini menghadapi cabaran yang sangat gentir di mana berlakunya keruntuhan akhlak terutamanya dikalangan remaja. Pergaulan bebas antara yang bukan muhram di kalangan remaja hingga membawa kepada remaja perempuan sanggup melarikan diri daripada keluarga untuk mengikuti teman lelaki, ditipu teman lelaki dan diculik.

 

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang lima tahun lalu, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih. Remaja berumur 14 hingga 17 tahun merupakan golongan yang terbanyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum-kaum lain, tetapi merupakan kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.

 

Rentetan daripada perlakuan-perlakuan ini membawa kepada terjebaknya mereka dengan zina hingga melahirkan anak luar nikah. Mereka sanggup melakukan tindakan dahsyat dan kejam dengan membuang bayi yang dilahirkan di tepi jalan, longkang, tong sampah, lubang tandas, sungai dan lain-lain tempat yang jauh daripada norma kemanusiaan. Statistik menunjukkan sebanyak 517 pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun 2011.

 

ISMA berpendapat masyarakat Melayu Muslim di Malaysia perlu memperkasakan institusi keluarga dalam membentuk jati diri muslim dalam diri anak-anak yang merupakan generasi harapan agama dan bangsa. Amalan syura, budaya makan bersama, keprihatinan antara sesama ahli dan komuniskasi berkesan harus diterap dan dikembalikan di dalam setiap keluarga. Ini merupakan solusi terhadap kemelut yang melanda masyarakat kini.

 

ISMA menyahut seruan Dasar Keluarga Negara: Ke arah Pembangunan Institusi Keluarga di bawah pengendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan Malaysia juga berpendapat, hanya institusi kekeluargaan sahaja yang dapat memajukan rakyatnya dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di bawah pengendalian Biro Wanita dan Keluarga mengambil inisiatif untuk melancarkan program kekeluargaan iaitu Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) dan Ibu bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC).

 

Program ASAC/ISAC adalah antara program pembangunan jatidiri ummah bagi tahun 2012. Program ini telah pun dilaksanakan dengan jayanya sebagai projek rintis pada tahun 2011 di empat buah negeri yang mewakili Zon Utara, Selatan, Timur dan Tengah.

 

Program ASAC/ISAC ini juga adalah kesinambungan daripada Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) yang diadakan pada 22 Oktober tahun 2011 yang lalu. Program ASAC/ISAC akan diadakan serentak di 21 cawangan ISMA di seluruh negara pada tarikh 21 April 2012 dengan sasaran kehadiran peserta adalah seramai 300 orang bagi setiap cawangan. Antara cawangan ISMA yang akan menjayakan program ASAC ialah;

 

1. Kemaman

2. Dungun

3. Kuala Terengganu

4. Seremban

5. Shah Alam

6. Kuala Lumpur Gombak

7. Kangar-Alor Setar

8. Sungai Petani-Kepala Batas

9. Kuching

10. Kuantan

11. Ipoh

12. Johor Baharu

13. Daerah Hulu Langat, Selangor

14. Port Dickson

15. Kuala Pilah

16. Kelantan

 

Manakala ISMA cawangan Kota Kinabalu dan Melaka telah melaksanakan program ini lebih awal lagi iaitu pada bulan Februari lalu dengan penyertaan lebih kurang 250 orang peserta daripada kalangan ibu bapa dan pendidik.

 

ASAC ialah program kemahiran keibubapaan yang bertujuan memberi kesedaran kepada ibubapa tentang keistimewaan setiap anak yang dilahirkan sebagai seorang juara, pengaruh pemakanan kepada pembentukan sahsiah, memahami psikologi kanak-kanak dan membina generasi harapan.

 

Kita berusaha untuk menampilkan tokoh-tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pendidikan kanak-kanak, pakar pemakanan, psikiatris, kaunselor dan sarjana Islam yang kebanyakan mereka adalah aktivis ISMA yang komited dengan cara hidup dan perjuangan Islam. Kita berharap tokoh-tokoh ini dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dengan masyarakat dalam mendidik anak-anak menjadi anak soleh anak cemerlang.

 

Antara Penceramah ASAC ialah,

 

1. Prof. Dr Badrul Hisyam Abd. Aziz, Timbalan naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, UMP

2. Ustazah Norsaleha Mohd Salleh, Pensyarah Jabatan Usuluddin, KUIS

3. Dr. Murizah Muhd. Zain, Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah

4. Prof. Madya Dr. Zainul Rasyid Zainudin, Pakar Perbidanan, International Medical Universiti (IMU)

5. Puan Syazamawati Zamhashari, Pakar Pemakanan

 

Program ASAC ini akan berlangsung sebanyak dua kali dalam tahun ini di setiap cawangan ISMA. ASAC I akan berlangsung pada 21 April 2012, manakala ASAC II pula akan berlangsung pada 25 Ogos 2012. Kita telah melakukan berbagai cara untuk mempromosikan ASAC seperti jemputan melalui Facebook, email, website, edaran flyers dan brosur ke taman-taman perumahan, surau dan masjid serta membuat kafilah dakwah pergi berjumpa orang ramai mengajak mereka ke program ini.

 

Justeru, kami mensasarkan kelahiran 100 000 Anak Soleh Anak Cemerlang pada penghujung tahun 2012. Untuk mencapai sasaran ini, berbagai program telah dan akan diadakan seperti;

 

1. Kelab Anak-Anak Hebat Malaysia (NAZIM) yang beroperasi di seluruh cawangan

2. Obor Kasih

3. Selangkah ke gerbang perkahwinan

4. Kelab remaja ISMA

5. Modul Usrah Keluarga

 

Pada tahun ini kami mensasarkan kehadiran peserta yang lebih ramai dalam ASAC ini berbanding tahun lepas. Pada tahun lepas, purata kehadiran adalah 250 orang peserta, maka pada tahun ini kita berharap kehadiran yang lebih ramai daripada kalangan ibu bapa, warga pendidik dan orang ramai yang berminat tentang isu keibu bapaan ini.

Oleh :

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA

 

  • Posted in: 1

1 Comment

  1. tahniah ISMA dan tenaga penggerak program..teruskan berdakwah smpai ummat faham!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: