FAKTA ASAS MASJID AL-AQSA

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak  kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra’ atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra’, Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila ‘SHARE’ (kongsikan) bersama mereka.

Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.

sumber : fb dr. zainur rashid zainuddin / http://zainurrashid.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: