OH WANITA, BESARNYA PERANANMU

Kepimpinan wanita kepada kaum wanita adalah satu keperluan dalam membina struktur masyarakat dan negara yang stabil. Perkara ini telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi apabila baginda SAW melantik Asma` bt Umais sebagai ketua dan wakil wanita Ansar pada zaman itu.

Penglibatan wanita sebagai ketua kepada kaum wanita adalah satu perkara yang sangat dituntut dan wajar. Ini kerana hanya wanita sahaja yang memahami keperluan dan kebajikan mereka. Wanita harus mempunyai peribadi kental, berani dan kuat jiwa raganya. Perasaan setia pada cinta dan kasih sayang kepada suami harus disemat di dalam sanubari setiap wanita solehah yang mengidamkan syurga. Wanita harus tetap setia dalam mentaati suami dan bersabar dalam setiap dugaan dan kesusahan yang dihadapi.

Kaum wanita pada zaman Rasulullah SAW merupakan wanita yang berani tampil ke hadapan bertanyakan hak mereka, tidak malu dalam menuntut ilmu, rajin menguruskan perusahaan dan perniagaan, pandai membuat kraftangan, mahir dalam ilmu persolekan dan kecantikan.

Rasulullah SAW pernah meminta pandangan isteri baginda apabila berhadapan dengan situasi yang menyusahkan untuk membuat keputusan. Ummu Salamah adalah antara isteri Rasulullah SAW yang banyak memberi nasihat dan pandangan kepada baginda.

Suatu hari Rasulullah SAW dan para sahabat selesai mengerjakan sa’ie iaitu perjalanan antara bukit Safa dan Marwah. Apabila selesai mengerjakan sa’ie, Rasulullah SAW meminta para sahabat untuk bercukur, namun demikian tiada seorang sahabat pun yang menyahut seruan Rasulullah SAW. Baginda SAW terus masuk ke dalam khemah dan menceritakan apa yang berlaku kepada isteri baginda Ummu Salamah.

Ummu Salamah mencadangkan kepada Rasulullah SAW untuk keluar dan menunjukkan kepada para sahabat seruan Baginda tadi. Apabila para sahabat melihat perbuatan Rasulullah SAW, masing-masing bangun, dan saling bercukur antara satu sama lain.

Nasib kaum wanita terbela apabila wanita sedar peranan penting mereka dalam pengurusan dan pentadbiran masyarakat. Suara wanita lebih didengari, perjuangan mereka lebih dirasai oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Setiap wanita harus mempunyai matlamat dan misi untuk memberi sumbangan kepada kemenangan dan kebangkitan Islam. Mendidik anak menghayati dan mengamalkan Islam yang sempurna juga merupakan sumbangan ke arah kemenangan Islam.

Jadilah wanita yang BIJAK, MESRA DAN BERKETRAMPILAN.

Oleh:

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: