Ibrah di Sebalik Isra’ dan Mikraj

maxresdefault

 

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Nabi Muhammad saw)

pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati

sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami.

Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mendengar , Lagi Maha Mengetahui

( surah al-isra’ :ayat 1)

gambar-pemandangan-bulan-indah

KISAH ISRA’ DAN MIKRAJ

Maha Suci Allah yang dengan izinNya berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj  terhadap Nabi Muhammad saw iaitu perjalanan di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian melalui 7 lapis langit. Setelah itu melalui Sidratul Muntaha dan akhir ke Baitul Ma’mur.

Nabi Muhammad saw telah menaiki BURAQ iaitu binatang yang lebih besar daripada keldai , lebih kecil dari baghal.Ketangkasan Buraq ini adalah sekali langkahnya adalah sejauh mata memandang. Dikisahkan bahawa Nabi Muhammad saw telah menunggangnya hingga ke Baitul Maqdis dan menambatnya di tempat para nabi menambatkan kenderaan mereka. Kemudian baginda bersolat 2 rakaat. Seusai sahaja solat, baginda keluar dan jibril membawakan kepada baginda 2 bekas yang berisi arak dan susu.Lalu Baginda memilih susu. Jibril berkata kepada baginda , ” Kamu memilih fitrah” .

images

Selepas itu baginda di isra’ ke langit dan sesungguhnya setiap langit ada yang menjaganya . Pada setiap langit, Nabi Muhammad saw berpeluang berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu iaitu langit pertama , Nabi Adam AS ,  langit ke2 Nabi Yahya As dan Nabi Isa As , langit ke3 Nabi Yusuf As , langit ke 4 Nabi Idris As , langit ke 5 nabi Harun As , langit ke 6 Nabi Musa As dan di langit ke 7, baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim As.

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada baginda saw dan umatnya dengan 50 kali sembahyang sehari semalam. Setelah itu Nabi Muhammad saw turun  dan berjumpa dengan Nabi Musa As. Bertanyalah Nabi Musa as kepada Muhammad mengenai apa yang difardukan oleh Allah swt kepadanya dan umatnya. Apabila Nabi Muhammad saw mengkhabarkan bahawa 50 kali solat sehari semalam, Nabi Musa As menyuruh Nabi Muhammad saw agar kembali bertemu semula kepada Allah agar mengurangkan waktu solat kerana umat nabi muhammad saw tidak akan mampu melaksanakannya. Sebelum itu telah diperintahkan kepada Bani Israil tetapi mereka tidak mampu menunaikannya. Akhirnya 5 waktu solat sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt kepada umat nabi muhammad saw.

Bermulalah episod baru kepada kaum baginda ketika itu  (apabila Nabi Muhammad saw pada keesokan harinya setelah kembali semula ke Mekah pada waktu malam hari yang sama baginda di isra’kan.) Apakah reaksi mereka ? Ada diantara mereka yang bertepuk tangan, meletakkan tangan di atas kepala , ada yang kembali ke agama asal nenek moyang mereka (murtad). Semua itu terjadi disebabkan perasaan hairan yang wujud dalam jiwa mereka. Ketika itu orang quraisy terus berjumpa dengan Abu Bakar bertanyakan hal tersebut dan dia membenarkannya. Semenjak peritsiwa itulah Abu Bakar digelar As-Siddiq.

download (1)

BERTRANSAKSI DENGAN ALLAH SWT

Yang paling aneh ,

Anda mengenali Allah, namun anda tidak mencintaiNya,

Anda mendengar panggilanNya , tetapi anda menunda untuk datang kepadaNya,

Anda mengetahui bahawa besarnya keuntungan bergaul denganNya, namun anda banyak bergaul selain Dia

Anda sangat memerlukanNya , namun berpaling dariNya 

Jaminan Allah adalah jaminan yang tidak ada seorang pun yang akan mampu menghalangnya. Seorang mukmin itu akan berusaha agar dirinya,keluarganya, akalnya dan agamanya berada dalam lindungan Allah swt.  Salah satu jaminannya adalah dengan mendirikan Solat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad saw. Mari kita bayangkan sekiranya 50 waktu solat sehari semalam difardukan tanpa pengurangan. Adakah mampu kita laksanakannya? Amat menyedihkan sekali kerana walaupun solat 5 waktu sahaja yang difardukan kepada kita tetapi ramai yang kecundang dalam melaksanakannya.

Sesungguhnya kita telah mengadakan perjanjian setiap kali ketika menunaikan solat. Setiap hari kita mengajukan catatan harian kepada Allah swt . Dia mengetahui  baik yang nyata dan tersembunyi. Ketahuilah bahawa dalam hadith riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Para malaikat berganti mengawasi kalian pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan Asar. Kemudian malaikat naik ke langit membawa catatan kalian. Allah bertanya kepada mereka, sedangkan Allah lebih mengetahui dari mereka. ” Dalam keadaan bagaimana para hambaku ketika kalian meninggalkannya?” Mereka menjawab , ” Kami meninggalkan mereka dalam keadaan sedang solat. Dan kami mendatangi mereka ketika dalam keadaan solat”Sholat-Berjamaah-di-Masjid-Istiqlal

Wahai muslimin, sesungguhnya kita semua telah diangkat ‘ buku catatan’ kita untuk dipersembahkan kepada Allah swt pada waktu solat subuh dan asar.Maka hendaklah kita memperhiaskan dan mencantikkan lagi buku catatan kita itu agar ianya apabila dibentangkan kepada Allah swt dalam keadaan yang paling baik dan berkualiti.

noraidah@ummu asma’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: