KEPENTINGAN HIDUP BERMASYARAKAT

Gambar : sesi santai di padang taman Desa Anggerik 24/7/16

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu. ” surah al-hujurat:13

Para pembaca budiman, ketahuilah bahawa Islam tidak membayangkan akan individu itu hidup bersendirian atau berseorangan malahan mesti hidup dalam masyarakat. Jika dilihat dalam al-quran itu sendiri, tiada ungkapan seperti ” wahai orang beriman..” tetapi Allah sebut dengan ” Wahai orang-orang yang beriman…” .Maksudnya secara berjemaah dan bukannya berseorangan. Marilah kita bersama berfikir sejenak. Tugas dan tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas manusia itu sendiri memerlukan bantuan, jaminan dalam usaha memikul dan melaksanakannya.

Demikian juga didalam kehidupan seharian. Jiran tetangga merupakan orang yang terdekat berada di rumah kita.Merekalah yang terdahulu yang akan kita bertegur-sapa apabila keluar dari kediaman masing-masing. Saling bertanya khabar berita, saling ziarah menziarahi apabila berkelapangan . Banyak manfaat yang diperolehi apabila bersama dengan jiran tetangga. Apapun yang utamanya adalah hendaklah saling bertaaruf sesama jiran tetangga itu sendiri. Itu adalah langkah pertama. Tidak boleh di’skip’!. Taaruf hendaklah dengan adabnya. Bukan dengan semberono sahaja. Ikhtilat hendaklah dijaga.

Apabila ada ruang dan kesempatan untuk mengenali lebih ramai lagi jiran kita itu, maka sesuatu acara atau aktiviti kemasyarakatan hendaklah dilaksanakan diperingkat taman. Contohnya  seperti jamuan hari raya. Itu paling mudah. Masing-masing membawa potluck dan bersama-sama berkongsi juadah . Sambil menikmati juadah yang terhidang, diselitkan sekali aktiviti lain bagi mengeratkan lagi silaturrahim seperti aktiviti cabutan bertuah dan bertukar-tukar hadiah.Sesungguhnya moment itu sangat berharga!

Di sinilah peranan kita bermula.Bagaimana bertaaruf dengan jiran setaman mampu melonjakkan lagi medan dakwah kita dengan lebih luas? Kita mampu mengajak mereka kepada perkara ma’ruf dan nahi mungkar. Dari sesi taaruf, bertukar kepada sesi bertanyakan perihal  makanan yang dibawa untuk dinikmati bersama dan  akhirnya jiran itu kan bertukar-tukar nombor telefon. Seterusnya sesi ziarah menziarahi di waktu yang lain.

Sesungguhnya perjumpaan di alam maya tidak sama apabila bersua muka. Hari ini, teknologi canggih yang berada dihujung jari membuatkan seseorang mengambil mudah akan perkara ini. Tidak dinafikan akan manfaat besar yang diperolehi dari teknologi ini tetapi apabila kita terlepas pandang , ia akan memudaratkan diri. Jadilah kita jiran yang hanya bersua di dunia maya, hanya bertanya khabar melalui aplikasi telegram atau whatsapp sahaja. Normalkah begitu?

Inilah langkah kita untuk melakukan dakwah fardiyyah kepada masyarakat yang berbilang bangsa ,bahasa dan budaya. Terciptanya hubungan dan ikatan secara langsung serta mampu mengkayakan diri dengan pelbagai pengalaman . Hendaklah kita mengikhlaskan diri dengan seikhlas-ikhlasnya sebagaimana yang diketahui dari hadith  pertama dalam matan arbain apabila melakukan apa jua pekerjaan.

Keberkahan, taufiq dan hasilnya hendaklah diserahkan kepada Allah swt sebulat-bulatnya.Usaha hendaklah seiring dengan doa.

  • Posted in: 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: