SELAMATKAH POKEMON GO?

Assalamualaikum wrm wbt.

Di Malaysia , aura POKEMON GO masih terasa kepada mereka yang lahir pada tahun 1980an. Dahulunya  hanya sekadar bertukar-tukar kad yang dibeli di kedai atau hanya boleh ditonton siaran kartun POKEMON di kaca televisyen. Kini, ia didatangkan dengan versi baru iaitu dengan hanya di hujung jari anda sahaja. Samada anda bersetuju untuk menekan butang DOWNLOAD APPLICATION atau sebaliknya.

pokemon-go-screenshots-squirtle

Adakah anda tahu bahawa pengaruh Pokemon Go ke atas saham Nintendo Co ltd mampu melonjakkan saham mereka naik sebanyak 70%? Keuntungan yang diperolehi oleh mereka berlipat kali ganda?

Rajah di bawah pula kita dapat melihat sendiri  dari sudut kekerapan interaksi sosial antaranya fb, instagram, twitter dan lain-lain.

Pokemon-Go-Usage-Stats

Dari aspek keselamatan juga, ia mengundang banyak mudarat kepada pengguna aplikasi ini. Antaranya 2 remaja jatuh gaung sewaktu cuba menangkap pokemon, seorang remaja dilanggar kereta akibat terlalu asyik bermain aplikasi tersebut. Malahan ada yang sampai menceroboh kawasan persendirian dan pelbagai lagi kisah yang anda dengari atau tonton sendiri. Tidak ketinggalan jua terutama mereka yang berkhidmat dalam sektor pertahanan negara dinasihatkan agar tidak memuatnaik aplikasi tersebut kerana ia boleh mendedahkan pelbagai perkara mengenai keselamatan negara kepada pihak musuh.

Masjid sebagai tempat berkumpulnya umat islam juga tidak ketinggalan terlibat dalam hal ini.Ingin mencari pokemon didalam masjid? Kedengaran agak lucu tetapi sedarkah kita bahawa dengan sewenang-wenangnya tempat ibadah dicemari dengan aplikasi yang tidak memberikan manfaat langsung untuk kemenjadian umat islam itu sendiri .

pokemondalammasjid

Mufti juga telah mengeluarkan fatwa bahawa permainan Pokemon dan Pokemon Go itu perlu dijauhi kerana memberikan mudharat yang besar seperti mengagungkan kuasa dewa tertentu dan amembawa kepada perjudian.Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian. Malahan beberapa lagi mufti negeri lain telah bermusyawarah dan mengambil ketetapan dalam  permasalah itu.

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Sedarkah kita bahawa dunia tanpa sempadan ini membolehkan seseorang itu celaru akan identitinya sendiri? Hinggakan hp menjadi ‘kiblat” baginya. Banyak perkara sejak akhir-akhir ini menggugah kedudukan Islam itu sendiri. Belum pun habis cerita mengenai konsert Selena Gomez, muncul pula Pokemon Go di negara kita . Alhamdulillah para ulama’ serta ilmuan bersama berganding bahu mengenai kemudharatan aplikasi ini kepada semua golongan tidak kira kepada semua rakyat di Malaysia ini. Masih ada lagi yang menegur dan segera memberikan pandangan akan hal ini.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak menjebakkan diri ke dalam kemudharatan serta senantiasa mengingati akan peranan kita sebagai khalifah disini.

  • Posted in: 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: