BERDOALAH PADAKU

Berdoalah pada-Ku

Daripada Abu Dzar Al-Ghifaari r.a., daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya ia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikannya di kalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling menzalimi di antara satu sama lain.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah sesat melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya petunjuk, maka mintalah petunjuk daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan petunjuk kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah lapar melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya makan, maka mintalah makanan daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan makanan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah bertelanjang kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan pakaian kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya kalau semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling bertaqwa di kalangan kamu, kerajaan-Ku tidak akan bertambah sedikit pun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian dari kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling jahat daripada kamu, kerajaan-Ku tidak akan berkurangan sedikitpun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia atau jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan kepada setiap orang akan permintaannya, maka perkara tersebut tidak akan mengurangkan apa yang ada pada-Ku melainkan seperti mana berkurangnya air lautan apabila dimasukkan sebatang jarum kemudian dikeluarkan daripadanya.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya ia adalah amalan-amalan kamu yang Aku hitungkan untukmu, kemudian Aku sempurnakan balasan kamu disebabkan amalan kamu. Maka sesiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan sesaipa yang mendapat selain daripada itu, maka janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri.”

-Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab “Berbuat baik” bab “Haram melakukan kezaliman”. Hadis nombor: 2577

Daripada hadis Qudsi tersebut, jelas menunjukkan kepada kita tentang keberhajatan kita sebagai hamba Allah yang fakir miskin ini kepada Allah yang Maha Kaya.

Kita semua berhajat kepada Allah untuk mendapatkan segala kebaikan dan menghindarkan segala kemudharatan samada di dunia mahupun di akhirat, bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya, tidak dapat tidak kita perlu menzahirkannya kepada Allah hatta sekalipun makanan, minuman dan pakaian.

Acap kali kita terlupa pabila ditimpa masalah, sungguh cepat kita mengadu pada manusia dan mengeluh pada takdir tanpa kita sedari di sana ada yang sedang memerhatikan kita, ada yang akan mendampingi malah memberi kekuatan pada kita andainya kita mengadu dan meminta pada-Nya.

Renungilah firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”. [Al-Baqarah 186]

Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa tanpa jemu pada tiap masa dan ketika, tiada satu masa pun yang kita tidak berhajat pada-Nya melainkan Allah lah yang mengawalnya.

Sebelum Zulhijjah melabuhkan tirainya untuk memasuki tahun hijrah yang seterusnya, marilah sama-sama kita muhasabah diri sepanjang tahun ini. Bagaimana halnya iman, dan amal kita? Apakah kita telah melaksanakan segala tuntutan atau masih ada yang berbaki?

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada tahun ini dan sebelumnya. Moga segala amalan kita pada tahun ini diterima oleh Allah..Ameen Ya Robb

5 Comments

  1. Mahdi Akif

    Kami sekeluarga mengucapkan tahniah atas kelahiran blog ini. Semoga terus menjadi blog Islami yang unggul! Dari: Saya, Ayah saya, Ummi saya. abang saya dan adik saya

    • doakan ammu dan makcik serta Asma’ ye…sampaikan salam kami pada ayah,ummi,mahdi,fahmi dan iman sekali

  2. assalamualaikum…

    jom sama berblog…

    selamat berniaga

    miss u all dr kami semua

    • waalaikumussalam..
      syukran add blog kami..
      bila nak jumpa ye?raya haji lepas datang ngah blk kelantan.. krm slm pada keluarga kat sana..

  3. ukhti syikin

    SaLam ukhwah kakak..:-)
    mf syikin busy, bru dpt buka blog akq. mggu lps smpt bukak, tpi x dpt nk bce. alhamdulillah, rse trubt rndu ble bce tzkirh2 yg akq coret an, tahniah kak sbb b’jye wt an blog nie jd slot tzkirh. smpai an slm syikin pd asma’ n ust razmn ye kak. insyaAllah de rzki nnt syikin akn umah, rndu nk denga asma nangis..hu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: