TARBIYATUL AULAD

” Wahai tuhan kami, berilah kami beroleh pasangan dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi oarang-orang yang bertaqwa.” Amin.

” Pentarbiyahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, aqli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya”  (sayyid sabiq)

Di dalam sesebuah keluarga muslim, sudah semestinya mengimpikan anak-anak yang soleh,solehah yang akhirnya bukan saja dapat berbakti kepada ibubapa dan keluarga,malahan agama,bangsa dan negara. Oleh itu aspek pentarbiyahan anak-anak pada peringkat awal  adalah amat ditekankan.

Proses pentarbiyahan ini amat dititik beratkan oleh Islam bermula ketika berada di alam rahim lagi sehinggalah ke akhir hayat. Ia merupakan amanah Allah swt yang perlu dipikul oleh ibu bapa di dalam institusi keluarga.  Begitu indahnya ajaran Islam..hattakan anak yang berada didalam kandungan lagi perlu dijaga.

Si ibu perlu menjaga pemakanan dengan mengambil semua nutrisi yang disarankan seperti folat (vitamin B ) seperti di dalam sayuran berdaun,roti gandum tulen,oren,kacang,gandum  dan banyak lagi. Begitu juga dengan pengambilan Omega -3,zat besi,kalsium ,iodin dan perbanyakkan serat.

Pemakanan hendaklah HALAL, SUCI dan BERSIH .  HALALAN TOYYIBAH.

Disamping itu, perlu diperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, puasa sunat, zikir, membaca al-quran dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka…”

Dan dalam hadis Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud : “Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab yang baik” riwayat Ibn Majah.

Imam Al-Ghazali juga menyebut : Anak – anak adalah amanah atas ibu bapa.Jika dia terbiasa dengan benda baik, dia akan membesar dalam keadaan kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti binatang, menderitalah dia dan binasa.Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.

Kanak-kanak adalah pemuda yang akan memimpin masyarakat pada hari esok.Jika kita ingin melihat keadaan masyarakat akan datang, lihatlah pada pemuda-pemudinya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan ummah yang baik pada masa akan datang bergantung pada cara pentarbiahan yang dilaluinya hari ini dan sebanyak mana pengorbanan yang dicurahkan oleh para pendidik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: